Bagi sesetengah ibu bapa, mereka tidak kisah untuk berkongsi gambar anak-anak mereka di laman sosial malahan ada yang membuka laman akaun masing-masing untuk anak mereka namun lain pula bagi pasangan Lisa Surihani dan Yusry. Bagi mereka faktor keselamatan adalah keutamaan.
Baca juga: 7 Foto Busana Perkahwinan Fazura Yang Sebijik Macam Marilyn Monroe, Mendiang Aktres Amerika Syarikat Zaman 50-an
Menurut Lisa Surihani dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang memberi pandangan kerana masing-masing punya hak mengeluarkan pendapat masing-masing namun baginya dia mempunyai cara tersendiri dalam menjaga dan mendidik anak mereka.
“Tidak bermakna saya betul atau ibu bapa lain salah berhubung hal ini kerana terpulang kepada mana-mana individu mengeluarkan pandangan, apatah lagi masing-masing mempunyai cara dalam menjaga atau mendidik permata hati”
“Bagi saya, apa yang saya katakan ini adalah berkenaan kami, bukannya merujuk kepada orang lain. Pada waktu sama kami amat menghormati pendirian ibu bapa lain”
“Sekarang pun Yahaira masih terlalu kecil dan belum faham keadaan sekeliling, jadi biarlah dia menikmati dunianya sperti kanak-kanak lain. Kalau dia sudah mengenal teknologi, kami biarkan dia buat pertimbangan sendiri. Bukan kami atau orang lain mewujudkannya,” jelas Lisa.
Baca juga: 7 Foto Busana Perkahwinan Fazura Yang Sebijik Macam Marilyn Monroe, Mendiang Aktres Amerika Syarikat Zaman 50-an
Sebagai ibu bapa sudah tentu mahukan yang terbaik buat anak mereka dan keputusan yang terbaik pastinya datang daripada ibu bapa sendiri. Semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia dan dilimpahkan rezeki. :)
Thursday, March 3, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment